8/25/08

DOUBLE TREBLE

bunyi mcm album kumpulan wing je...tapi sebenarnya...nak habaq yg team bola kdh menang lagi..piala...buat kali ke-6 dlm tempoh 2 thn...dah kira mcm untouchable dah ni...@pun...immortal...fuhh xda sapa lagi leh wat dlm mesia...mungkin selangor memang piala mesia 30 kali...tapi depa xleh menang liga n fa cup utk 2 kali mcm tu...
tapi kedah dh buktikan...dgn menggunakn 3 pemain import dari oversea...pastu baki pemain lain suma anak kedah...hat dok wat sawah hari2 tu...xda pon pemain dari negeri2 lain...
dan suma bawah 23 lagi...apa2 pun tahniah wat pengurusan team...n tahniah wat mb baru kita... ustaz azizan abd razak...

BIAR JASA JADI KENANGAN

5/26/08

KEWUJUDAN TINGKATAN KEUTAMAAN DALAM AMALAN MENURUT ISLAM

Antara dalil-dalil yang menjelaskan konsep ini adalah seperti berikut :


1) Al-Quran

a. Firman Allah SWT : أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله لا يستوون عند الله

Ertinya : “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah..” ( Ayat At-Tawbat : 19)

b. Al-Hujurat : 13

c. Az-Zumar : 9

d. An-Nisa : 95-96

e. Faatir : 32

2) As-Sunnah

a. Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Iman itu mempunyai 70 lebih cabang, yang terunggul adalah kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” , dan tahap yang paling rendah adalah membuang gangguan dari jalan raya.”

( Al-Bukhari, Muslim , at-Tirmidzi )

b. Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit”

c. Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Solat berjemaah adalah lebih utama dari solat bersendirian 27 kali ganda keutamaan” ( Bukhari dan Muslim )

d. Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Sesungguhnya kedudukan seseorang dari kamu yang berjuang pada jalan Allah adalah lebih utama dari solat (sunat) seseorang kamu di rumahnya selama 70 tahun”(At-Tirmidzi, hadith hasan menurut Tirmidzi dan Shohih menurut al-Hakim & dipersetujui oleh az-Zahabi)

BEBERAPA PERKARA ASAS BERKAITAN MASLAHAT

Sebelum kita memasuki topik ini, menjadi kewajipan bagi kita untuk mengetahui pembahagian ‘maslahat’ menurut para ulama Islam serta bagaimana kaedah mengenalpastinya. Berikut adalah penerangannya secara ringkas :-

1) Maslahat dan Pembahagiannya.

Sebagaimana yang telah diadun dengan teliti oleh para ulama usul fiqh Islam, maka hasilnya mereka membahagikan maslahat seperti berikut :

a. Ad-Dharuriyyat : Keperluan utama manusia, tanpanya tergugat kehidupan dan membawa kehancuran. Setelah dilakukan penelitian penuh (al-Istiqra’) terhadap nusus al-Quran dan Hadith, maka cendikiawan Islam telah menyusunnya menurut tingkatan keutamaan seperti berikut [1] :-

· Keperluan Agama : Kewajiban menyebar dan menjaganya dari ancaman musuh.

· Keperluan Nyawa : Kewajiban menjaganya dari segala jenis ancaman

· Keperluan Aqal : Kewajiban menggunakannya bagi mengenal Allah dan menjaganya dari rosak.

· Keperluan Keturunan & Maruah : Kewajiban bagi memastikannya aman dari segala percampuran keturunan dan segala yang boleh mencarik maruah.

· Keperluan Harta : Kewajiban memanfaatkannya di sumber yang terpuji dan menjaganya dari ancaman.

b. Al-Haajiyyat : Sesuatu perkara yang manusia boleh hidup tanpanya tetapi dalam keadaan yang amat sukar.

c. At-Tahsiniyyat : Perkara-perkara sampingan bagi manusia serta sebagai pelengkap dan hiasan.

2) Kaedah mengenalpasti maslahat. Pertamanya, maslahat yang ingin dikenalpasti datang dalam dua bentuk, iaitu :-

a. Maslahat duniawi @ kebaikan dunia : Boleh dikenalpasti menggunakan aqal yang shohih, pengalaman dan adat. Demikian pandangan sebahagian besar ulama Usul Fiqh Islam , antara mereka adalah Imam Malik B. Anas ( 179 H), Imam Al-Juwayni As-Syafie ( 478 H), Imam As-Sarakhasi Al-Hanafi ( 490 H) , Imam Abu Hamid Al-Ghazali ( 505 H), Imam Izuddin B Abd Salam ( 660 H) & Imam Ibn Taymiah Al-Hanbali ( 728 H). [2]

b. Maslahat ukhrawi @ kebaikan akhirat : Tidak boleh ditentukan dan dipastikan kecuali melalui nas al-quran atau hadith. [3] Para ulama telah pun meletakkan pelbagai kaedah bagi mengenalpasti maslahat ukhrawi dan duniawi, antaranya seperti berikut [4] :-

a) Memerhati dan meneliti nusus al-quran dan hadith yang jelas maksudnya.

b) Mengenalpasti maslahat dan kehendak Syara’ ( Maqasid as-Syari’) melalui dalil-dalil perintah dan larangan.

c) Penelitian terhadap ‘illah hukum dan seterusnya menentukan Maqasid as-Syara’ darinya.

d) Kajian menyeluruh (istiqra) terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada dan dalil-dalil hukum syara, dan seterusnya menentukan maqasid syara’ darinya.

e) Mengambil kefahaman para sahabat hasil pemahaman mereka terhadap dalil-dalil.

f) Menggunakan aqal hasil percubaan, pengalaman dan adat yang sihat.

About Me

ammar the legend
View my complete profile